Ads
Harimau Malaya
Edited By FZ

Pasukan kebangsaan Malaysia terus berada dalam liputan FIFA.

Advertisements

Baru-baru ini, laman rasmi FIFA telah memuat naik satu hantaran yang meminta agar sokongan padu daripada rakyat Malaysia diberikan kepada skuad Harimau Malaya.

Advertisements

Skuad kendalian Pau Marti bakal mengharungi satu tugas yang cukup mencabar apabila bakal berdepan pasukan ke-147 dunia, Filipina pada 4 September 2024.

Advertisements

Advertisements

Aksi separuh akhir Pestabola Merdeka itu juga bakal menyaksikan pertembungan satu lagi pasukan iaitu juara bertahan, Tajikistan dan juga Lubnan.

Kebangkitan bola sepak Malaysia yang kini menghuni tangga ke-134 dunia masih segar dalam radar FIFA apabila terus memberikan liputan meluas kepada skuas kebangsaan.

Advertisements

“Harimau Malaya memerlukan sokongan anda lagi dan lagi,” ujar laman FIFA.

Sebelum ini, lagenda bola sepak negara iaitu Safee Sali turut mendapat perhatian FIFA yang melabel beliau sebagai salah seorang penyerang terbaik di Asia Tenggara.

Advertisements

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat kemajuan memberangsangkan ini amat baik dan menyalurkan dana sebesar RM15 Juta buat Harimau Malaya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram