Skuad Malaysia Bawah 23 (B-23) kendalian Juan Torres Garrido tiada pilihan lain di Piala Asia B-23 Qatar selepas tewas pada aksi pertama menentang Uzbekistan tempoh hari.
Piluhan yang ada buat skuad negara adalah dengan memenangi dua lagi aksi iaitu aksi bertemu Vietnam dan juga aksi terakhir bertemu Kuwait.
Bagi format pertandingan berprestij ini, dua pasukan yang menghuni dua tangga teratas setiap kumpulan akan mara ke pusingan suku akhir.
Secara matematiknya, jika Malaysia gagal meraih kemenangan menentang Vietnam sama ada seri ataupun tewas, bermakna Malaysia selangkah untuk meninggalkan kejohanan.
Melihat kepada sejarah pertemuan Malaysia dan Vietnam, rekod buruk telah tercatat sejak 2015 selepas menyaksikan Malaysia tewas kesemua perlawanan menentang Vietnam.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia memenagi perlawanan bertemu Vietnam B-23 adalah pada 11 tahun lalu dalam acara bola sepak Sukan SEA 2013.
Juan Torres sudah pasti sudah mengkaji kemampuan pasukan Vietnam yang rata-rata para pemainnya sudah berpengalaman luas di peringkat senior.
Malaysia dijadualkan bertemu Vietnam hari ini (20 April) jam 9 malam dan menutup aksi kumpulan menentang Kuwait pada 23 April.