Rekod Buruk Malaysia Lawan Vietnam B-23 Perlu Segera Dipadam
Asia
FA Malaysia
Advertisements

Rekod buruk pasukan Malaysia B-23 lawan Vietnam B-23 perlu segera dipadam.

Menjelang aksi saingan Piala Asia B-23, misi wajib menang buat skuad kendalian Juan Torres Garrido ke atas Vietnam bagi menghidupkan peluang ke peringkat seterusnya. 

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh HarimauMystats, skuad kebangsaan bawah 23 tahun telah tewas 7 perlawanan berturut-turut sejak 2015 sehingga 2023. 

Advertisements

Bukan itu sahaja, Malaysia hanya berjaya mecatatkan 4 gol dan rekod dibolosi sebanyak 19 gol. Ini bukan satu rekod yang positif. 

Tahun 2013 merupakan tahun terakhir skuad muda negara menewaskan Vietnam bagi saingan Sukan SEA. Pada ketika itu, Malaysia menang dengan keputusan 2-1 Vietnam.

Skuad kendalian Joan Torres Garrido akan bertemu Vietnam malam ini  bagi aksi kedua peringkat kumpulan D. 

Advertisements

Ketika ini, Malaysia berada di tangga tercorot kumpulan selepas tewas kepada Uzbekistan tempoh hari. Sementara, Vietnam mahu meraih tiga mata penuh untuk mengesahkan slot ke suku akhir dengan lebih awal.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram