Siaran Langsung AFC U-23 Asian Cup: Malaysia vs Vietnam (Live Streaming)
Live
MakanBola
Advertisements

Malaysia bakal menghadapi aksi kedua di Piala AFC U-23 Asian Cup bertemu Vietnam malam ini.

Pasukan kendalian Juan Torres Garrido terpaksa akur apabila tunduk di tangan Uzbekistan dengan keputusan 2-0.

Beliau dan barisan pemain bagaimanapun optimis untuk memberikan yang terbaik bertemu musuh tradisi Asia Tenggara, The Golden Dragons.

Advertisements

Vietnam membawa tonik terbaik selepas menundukkan Kuwait dengan jaringan 3-1 namun menerima tamparan hebat menerusi beberapa kecederaan pemain utama.

Ketua jurulatih, Hoang Anh Tuan berpuas hati dengan permulaan positif sambil finalis 2018 berhasrat untuk layak seawal mungkin.

Mereka bagaimanapun berjuang tanpa khidmat pemain pertahanan Nguyen Ngoc Thang yang digantung selepas dia kad merah menentang Kuwait.

Advertisements

“Saya hanya mempunyai 10 hari bersama pasukan, dan tidak boleh membuat terlalu banyak perubahan. Akan tetapi, saya harap selepas setiap perlawanan, anda akan melihat bagaimana mereka bertambah baik.”

Kesebelasan Utama Malaysia vs Vietnam

Info Siaran Langsung Malaysia vs Vietnam

Advertisements

Tarikh: 20 April 2024 (Sabtu)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium Antarabangsa Khalifa, Qatar.
Siaran Langsung:  Astro Arena, YouTube (Akses VPN / US)

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram