Ramalan Pantas Matyo Hampir Selamatkan Malaysia
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Bekas penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha atau mesra dikenali sebagai Matyo memberi ramalan pantas ketik aksi Malaysia menentang Vietnam dalam kejohanan Piala Asia B-23.

Beliau yang menjadi panel jemputan bersama Kenny Pallraj di Astro Arena sempat berkongsikan pandangannya ketika aksi separuh masa pertama tamat.

Sungguhpun skuad muda negara tewas dengan keputusan 2-0 di tangan Uzbekistan, bekas penyerang Kelantan FC ini sempat berkongsikan pelan untui melihat kebangkitan skuad negara.

Advertisements

“Sekiranya Juan Torres mahu menggunakan fizikal dengan hantaran jauh, beliau perlu meletakkan Fergus Tierney dan Haqimi Azim sekali. Kedua-dua pemain ini memiliki fizikal yang baik.”

“Itu adalah cara yang lebih baik kerana kita dapat lihat bahagian sayap sukar untuk membuat larian-larian melepasi pertahanan Uzbekistan.”

Ramalannya itu kelihatan menjadi selepas kemasukan Haqimi yang memberikan impak segera untuk menghidupkan jentera serangan pasukan.

Advertisements

Penyerang muda KL City itu juga memiliki beberapa peluang di hadapan gawang namun kecemerlangan benteng lawan jelas menjadi penghalang.

Sambil itu, Matyo turut memuji beberapa pertukaran yang dilakukan oleh Juan Torres untuk menggerakkan jentera tengah pasukan kendaliannya.

“Kita dapat lihat setelah kemasukan Muhammad, gandingan bersama Nooa Laine dapat menghidupkan bahagian tengah.”

Advertisements

“Mereka juga cepat untuk membuat hantaran ke depan dan keluar daripada kawasan sempit dengan lebih baik,” jelasnya kepada Astro Arena.

Malaysia akan bertemu Vietnam B-23 bagi aksi kedua peringkat kumpulan yang dijadualkan pada 20 April 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram