Man United Buru Penyerang Wolves Bernilai RM360 Juta
MakanBola
Wolverhampton Wanderers FC
Sponsors

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Man United dilaporkan sedang mengintai khidmat penyerang Wolverhampton Wanderers dari Brazil, Matheus Cunha.

Akhbar Daily Mirror melaporkan United mengintai khidmat Cunha dan penyerang West Ham United, Mohammed Kudus sebagai pengganti penyerang Perancis, Anthony Martial.

Ad

Martial tidak bersama The Red Devils pada musim hadapan selepas pengurusan kelab memilih untuk tidak memperbaharui kontraknya pada akhir musim 2023/24.

Ad

Dengan Martial akan meninggalkan kelab sebagai ejen bebas pada 1 Julai ini, United kini hanya memiliki dua peledak tulen iaitu Marcus Rashford dan Rasmus Hojlund.

Meskipun Cunha hanya bersama Wolves selama semusim, bisanya bersama pasukan Black Country itu menambat hati pengurusan The Red Devils.

Ad

Musim 2023/24 menyaksikan penyerang berusia 25 tahun itu meledakkan 14 gol dan mencipta lapan bantuan gol dalam 36 perlawanan.

Ad

Ramai pemerhati bola sepak percaya ketiadaan Cunha akibat masalah kecederaan pada Februari lalu mempengaruhi prestasi Wolves pada akhir musim. Pasukan itu menamatkan kempen EPL 2023/24 di tangga ke-14.

Ad

United melihat Cunha bersesuaian dengan profil pemain yang dimahukan pemilik saham minoriti kelab itu, Sir Jim Radcliffe di atas padang iaitu agresif, dinamik dan bercita-cita besar.

Walau bagaimanapun, Wolves yang dibimbing jurulatih Gary O’Neill dijangka keberatan melepaskan bintang Brazil itu.

Ini kerana kelab itu membayar yuran perpindahan sebanyak £44 juta (RM264 juta) kepada Atletico Madrid untuk menukar status Cunha daripada pemain pinjaman kepada pemain tetap pada akhir musim 2022/23.

Atas sebab itu, Wolves dijangka meminta yuran perpindahan sebanyak £60 juta (RM360 juta) seandainya United mahukan khidmatnya.

Walaupun The Red Devils memiliki sasaran alternatif iaitu Kudus, usaha perpindahan itu juga dijangka sukar.

Meskipun memiliki nilai lebih berpatutan pada harga £38 juta (RM228 juta), United bakal berdepan saingan daripada Liverpool. Ini kerana The Reds mahukan bekas bintang Ajax Amsterdam itu sebagai pengganti jangka panjang bintang Mesir, Mohamed Salah.