Man United Tak Jadi Lepaskan Antony
MakanBola
Manchester United
Sponsors

Penyerang Brazil, Antony akan terus kekal bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Man United.

Sebelum ini, timbul beberapa laporan yang mengatakan Antony bakal meninggalkan Old Trafford dan menyertai Real Betis secara pinjaman. Ini selepas beliau dilihat berdepan kesukaran merebut slot kesebelasan utama.

Ad

Ini kerana pengurus United, Erik ten Hag dilihat cenderung menggunakan pemain sayap muda Ivory Coast, Amad Diallo dan bintang muda Argentina, Alejandro Garnacho.

Ad

Walau bagaimanapun, wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano memaklumkan Antony akan kekal di Old Trafford. Sebarang laporan yang mengaitkan beliau dengan perpindahan ke Real Betis tidak benar sama sekali.

“Perpindahan Antony ke Real Betis secara pinjaman tidak berlaku di sebalik pelbagai laporan. Beliau mahu kekal di Manchester United,” katanya di X.

Ad

Satu pemain yang sah meninggalkan The Red Devils ialah Jadon Sancho. Sancho menyertai Chelsea secara pinjaman semusim di mana pasukan itu wajib melaksanakan pembelian dengan yuran perpindahan £25 juta (RM141 juta).

Ad

Ini menjadikan Antony, Marcus Rashford, Diallo dan Garnacho sebagai pilihan buat ten Hag di bahagian sayap.

Ad

Khidmat empat tonggak ini dijangka ditagih United bukan saja dalam kempen EPL tetapi juga Liga Europa UEFA (UEL). Ini kerana UEL musim 2024/25 bakal menemukan United dengan bekas jurulatih mereka merangkap pengurus Fenerbahce, Jose Mourinho.