Advertisements
Manchester City Makin Merana, Arsenal Sedia Mengganas
EPL
MakanBola
Manchester City

Usaha Manchester City untuk terus memburu Liverpool di persada liga tidak kesampaian apabila tewas buat kali kedua dalam liga.

Advertisement

Ini selepas anak buah Pep Guardiola tumbang 2-1 kepada Brighton di Stadium Amex. Selepas tewas 4-1 kepada Sporting Lisbon dalam saingan Liga Juara-Juara UEFA (UCL), City perlu bangkit semula.

The Citizens meraih gol pendahuluan menerusi penjaring terbanyak mereka, Erling Haaland pada separuh masa pertama. Malangnya, gol Joao Pedro dan Matt O’Riley memastikan The Seagulls meraih tiga mata penuh.

Advertisement

City kini ketinggalan lima mata di belakang Liverpool. Ini selepas The Reds meraih kemenangan ke atas Aston Villa pada awal pagi 10 November.

Kekalahan ini turut membuka ruang buat Arsenal untuk kembali mengejar The Citizens. Ini kerana pasukan itu turut mengalami beberapa kekalahan sejak kebelakangan ini.

Advertisement

Ini termasuk kekalahan di tangan Inter Milan dalam saingan UCL. Meskipun tewas, The Gunners merasa lega kerana kapten mereka, Martin Odegaard sudah kembali cergas.

Advertisement

Arsenal berharap dapat meraih tiga mata penuh bila bertemu dengan Chelsea di Stamford Bridge. Walau bagaimanapun, The Blues dijangka menjadi lawan sukar selepas meraih kemenangan besar 8-0 ke atas FC Noah dalam saingan Liga Konferensi UEFA (UECL).