Manchester United Pecat Erik Ten Hag
MakanBola
Manchester United
Sponsors

Kelab gergasi England, Manchester United mengucapkan selamat tinggal kepada pengurus, Erik Ten Hag.

Menerusi kenyataan kelab pada Isnin, pengurus kelahiran Belanda itu telah meninggalkan jawatan serta-merta selaku pengendali skuad utama The Red Devils.

Ad

“Erik ten Hag telah meninggalkan peranannya sebagai pengurus Manchester United,” umum pihak kelab dalam satu kenyataan.

Ad

Pihak pengurusan Manchester United sempat mengucapkan penghargaan di atas segala usaha bakti beliau sepanjang membimbing pasukan sejak April 2022 sehingga kini.

“Erik dilantik pada April 2022 dan membawa kelab itu memenangi dua trofi domestik, memenangi Piala Carabao pada 2023 dan Piala FA pada 2024.”

Ad

“Kami berterima kasih kepada Erik atas segala yang telah dilakukannya sepanjang bersama kami dan mendoakan yang baik untuk masa depannya.”

Ad

Dengan ini, jawatan pengendali sementara akan disandang oleh pembantu ten Hag, Ruud van Nistelrooy dan usaha bagi mencari pengganti sedang giat dijalankan buat masa ini.

Ad

“Ruud van Nistelrooy akan mengambil alih pasukan sebagai jurulatih sementara, dibantu barisan kejurulatihan sedia ada, manakala ketua jurulatih tetap diambil.”

Manchester United mengalami kekalahan ke-4 musim ini di tangan West Ham minggu lalu sekaligus menyebabkan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) 20 kali itu terperosok di tangga ke-14.

Tugas seterusnya buat van Nistelrooy dan juga Manchester United adalah dalam saingan Piala EFL bertemu Leicester City pada awal pagi Khamis nanti.