Advertisements
EPL: Penalti Bantu West Ham Tewaskan Manchester United
EPL
MakanBola
West Ham United

Manchester United terpaksa akur apabila tewas pada saat akhir kepada West Ham United dalam saingan Premier League.

Anak buah Erik Ten Hag sebelum ini meraih keputusan seri 1-1 menentang Fenerbahce manakala West Ham tewas 4-1 kepada Tottenham Hotspur.

Rasmus Hojlund menjadi penyerang utama untuk pasukan United dibantu pemain serangan seperti Marcus Rashford, Alejandro Garnacho dan juga Bruno Fernandes.

Tiada jaringan yang terhasil untuk 45 minit pertama permainan memaksa kedua-dua pasukan mengganndakan asakan pada babak kedua.

Summerville menceriakan ribuan penyokong West Ham apabila menjaringkan gol pertama pada minit ke-74.

United pantas bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Casemiro 6 minit kemudian menjadikan kedudukan terikat 1-1.

West Ham meraih sepakan penalti apabila VAR mendapati De Ligt melakukan kekasaran dalam kawasan kotak penalti pasukan.

Jarrod Bowen berjaya menyempurnakan sepakan penalti untuk menjadikan kedudukan 2-1 ketika perlawanan memasuki masa tambahan.

Perlawanan tamat menyaksikan West Ham menewaskan United dengan jaringan 2-1 untuk meraih 3 mata berharga.

United seterusnya akan melawan Leicester City untuk saingan Piala Carabao pada 31 Oktober nanti manakala West Ham pula akan melawan Nottingham Forest pada 2 November ini untuk aksi liga.