“Manchester United Perlu Kekal Dalam Liga” – Ruben Amorim
MakanBola
Manchester United FC
Sponsors

Pengendali Manchester United, Ruben Amorim mahu anak buahnya fokus dengan misi mengekalkan pasukan itu dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Amorim berpandangan sedemikian selepas melihat The Red Devils tewas buat kali keempat dalam lima aksi EPL. Terbaru, United tewas 2-0 kepada Wolverhampton Wanderers di Molineux.

Ad

Matheus Cunha dan Hwang Hee-chan memastikan pasukan itu kekal berada dalam kelompok bawah liga. Kekalahan ini menyaksikan United di tangga ke-14 liga dengan 22 mata.

Ad

Apa yang lebih membimbangkan Amorim ialah The Red Devils hanya dipisahkan lapan mata dengan Leicester City yang berada di tangga ke-18.

Atas sebab itu, bekas pengendali Sporting Lisbon itu mahu anak buahnya melupakan terlebih dahulu cita-cita ke Eropah. Ini kerana fokus utama United ialah mewujudkan jarak mata dengan kelompok tercorot liga.

Ad

“Ya, dalam detik sebegini, kita hanya perlu kekal (dalam liga) dan kadang-kadang dapatkan kemenangan,” katanya seperti yang dilaporkan Daily Mail.

Ad

“Tidak, tidak, tidak, tidak. Kita perlu mantapkan banyak perkara dalam kelab kita baik di dalam mahupun di luar padang.”

Ad

Amorim turut menegaskan strategi yang digunakan ke atas The Red Devils memerlukan masa untuk berjaya.

“Idea (untuk barisan pemain United) perlukan masa. Ini akan menjadi satu detik yang sukar, kita masih jauh daripada detik ini dan itu saja,” tambahnya.

“Kita perlu terus (melangkah) dan fokus kepada aksi seterusnya.” Selepas ini, United bakal berdepan Newcastle United di Old Trafford pada 31 Disember.

The Red Devils bakal menghadapi The Magpies tanpa kelibat kapten, Bruno Fernandes. Fernandes terpaksa disisihkan kerana perlu menjalani penggantungan perlawanan selepas dibuang padang ketika menentang Wolves.