Manchester United Suram Tanpa Khidmat Bintang Berbisa, Antony
MakanBola
Manchester United
Sponsors

Manchester United terus diuji apabila Antony menjadi pemain terbaru menyertai senarai kecederaan pasukan itu.

United terikat 1-1 dengan Fenerbahce dalam aksi terbaru Liga Europa UEFA (UEL) pada awal pagi 25 Oktober. Gol Youssef En-Nesyri memastikan The Red Devils terus kempunan meraih tiga mata di pentas UEL.

Ad

Situasi mereka tidak dibantu apabila Antony memberi isyarat kepada bangku simpanan United bahawa beliau merasa tidak selesa bergerak di atas padang. Sebelum itu, beliau masuk pada minit ke-73 sebagai pengganti Marcus Rashford.

Ad

Bekas pemain sayap Ajax Amsterdam itu kemudiannya diusung keluar dari padang. Antara pemain yang bersimpati dengan nasib Antony ialah Sofyan Amrabat.

Nama pemain tengah Maghribi itu bukan asing dengan United kerana menyertai pasukan itu secara pinjaman dari Fiorentina pada musim 2023/24. Sentimen itu turut dikongsi jurulatih The Red Devils, Erik ten Hag bila ditanya tentang keadaan Antony.

Ad

“Beliau benar-benar tidak bernasib baik. Saya berasa simpati kepada beliau di mana dia bekerja keras dalam sesi latihan.

Ad

“Prestasi latihannya sangat baik sehingga beliau layak untuk masuk sebagai pemain gantian. Apabila anda perlu dikeluarkan dalam tempoh yang cepat, itu sesuatu yang sedih untuk dilihat.

Ad

“Harapnya, ia (masalah kecederaan Antony) tidak terlalu teruk, kita perlu menunggu 24 jam untuk penilaian itu,” katanya selepas perlawanan.

Antony menyertai Harry Maguire, Jonny Evans, Mason Mount, Luke Shaw, Toby Collyer dan Kobbie Mainoo yang terpaksa direhatkan akibat kecederaan.

Sementara Leny Yoro dan Tyrell Malacia pula kini sibuk membina kembali tahap kecergasan selepas berehat lama akibat kecederaan.

Tanpa Antony di bahagian sayap, Amad Diallo bakal menjadi satu-satunya pemain sokongan buat Rashford dan Alejandro Garnacho di bahagian berkenaan.

Situasi ini dijangka mendorong ten Hag melihat barisan pemain sayap muda United seperti James Scanlon, Ethan Williams dan Malachi Sharpe sebagai pilihan tambahan.

Antony merekodkan lima penampilan dan satu gol untuk musim 2024/25. Satu-satunya gol beliau dijaringkan dalam aksi Carabao Cup menentang Barnsley pada September lalu.