Advertisement
UEL: Man United Seri Kali Ketiga Diikat Fenerbahce, Jose Mourinho Dibuang Padang
Eropah
MakanBola
Manchester United

Manchester United (Man United) terus pamer aksi longlai di pentas UEFA Europa League (UEL) apabila mencatatkan keputusan seri kali ketiga. Kali ini di tangan kelab Turki, Fenerbache pada awal pagi Jumaat.

United menurunkan barisan terkuat dengan Marcus Rashford, Joshua Zirkzee dan Alejandro Garnacho dipertaruhkan untuk mencetak gol manakala Fenerbache di bawah kendalian Jose Mourinho meletakkan Youssef En-Nesyri sebagai penyerang tunggal.

Christian Eriksen memberikan pendahuluan buat United seawal minit ke-15 menerusi rembatan deras yang menewaskan penjaga gol Fenerbache, Dominik Livakovic.

Ketinggalan satu jaringan, Fenerbache kembali memperkemaskan serangan bagi mencari jaringan penyamaan.

Pada minit ke-36, Andre Onana tampil menjadi wira United dengan menyelamatkan dua percubaan merbahaya berturut-turut untuk menamatkan aksi separuh masa pertama dengan menyaksikan United mendahului Fenerbache 1-0.

Bersambung babak kedua, Fenerbache berjaya menyamakan kedudukan selepas 3 minit menerusi tandukan kemas Youssef En-Nesyri bagi menyamakan kedudukan menjadi 1-1.

Tidak lama selepas itu, Jose Mourinho diperintahkan keluar padang selepas beliau tidak dapat menahan kesabaran di atas keputusan yang dilakukan pengadil.

Keputusan 1-1 itu kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus memberikan keputusan seri ketiga buat United dalam saingan UEL ini.