Mano Polking Bakal Kemudi Kelab Vietnam
Asia Tenggara
changsuek
Advertisements

Selepas meninggalkan skuad kebangsaan Thailand pada penghujung November lalu, ramai ingin tahu destinasi terbaru pilihan Mano Polking.

Persoalan itu akhirnya terjawab apabila jurulatih berdarah Brazil-Jerman itu bakal mengemudi juara V. League 1 musim lepas, Cong An Ha Noi (CAHN).

VN Express melaporkan pengurusan CAHN sudah mencapai persetujuan dengan Polking untuk membimbing pasukan itu. Bekas jurulatih Ho Chi Minh City itu bakal memulakan tugasnya pada 5 Januari 2024.

Advertisements

Keputusan ini diambil susulan kekalahan empat kali berturut-turut CAHN dalam semua kejohanan di bawah kendalian jurulatih Korea Selatan, Gong Oh-kyun.

Lantas, pengurusan The Horses merehatkan bekas jurulatih Vietnam Bawah 23 Tahun (B-23) itu dan melantik pengarah teknikal, Tran Tien Dai sebagai pengendali interim.

Perubahan yang dibuat menyaksikan CAHN kembali mencatatkan kemenangan dengan membenam Binh Duong 3-0 pada 26 Disember lalu.

Advertisements

The Horses pada awalnya mahu Polking mengambil alih jawatan tersebut selepas CAHN kalah kepada Khanh Hoa pada 22 Disember lalu.

Bagaimanapun, Polking memaklumkan kepada kelab bahawa beliau mahu menghabiskan percutian bersama keluarga sebelum kembali bekerja. Atas sebab itu, pengenalan beliau bakal dibuat pada 5 Januari ini.

CAHN dijangka memuktamadkan penamatan kontrak dengan Oh-kyun pada hujung minggu ini. Memandangkan jurulatih Korea Selatan itu mengikat kontrak selama setahun dengan mereka, CAHN dijangka perlu membayar pampasan kepadanya.

Advertisements

Selepas perlawanan menentang Binh Duong, V. League 1 bakal berehat selama dua bulan bagi memberi laluan kepada Piala Asia 2023.

Ini memberi ruang kepada Polking mengenali barisan pemain dan staf kejurulatihan The Horses sebelum membuat sebarang perubahan.

CAHN ketika ini menduduki tangga kelima liga dengan 12 mata selepas lapan perlawanan. Menariknya, perlawanan pertama Polking sebagai jurulatih CAHN ialah perlawanan menentang Ho Chi Minh City pada 18 Februari 2024.

Advertisements

Selain Thailand dan Ho Chi Minh City, beliau juga pernah mengendalikan Army United, Suphanburi and Bangkok United.

Nama Polking menjadi sebutan penyokong Gajah Perang dengan membantu pasukan itu menggondol gelaran juara Piala AFF edisi 2020 dan 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram