Advertisement
Mano Polking: Thailand Banyak Buat Silap
Asia Tenggara
MakanBola
Changsuek

Jurulatih Thailand, Mano Polking mengakui anak-anak buahnya kerap melakukan kesilapan sehingga membawa kepada kekalahan besar 8-0 di tangan Georgia awal pagi ini.

Kesilapan demi kesilapan yang berlaku dalam perlawanan memberi peluang kepada The Crusaders mendominasi babak pertama.

Ini dibuktikan dengan enam gol yang dijaringkan oleh Zuriko Davitashvili, Luka Lochoshvili dan hatrik Georges Mikautadze.

Mikautadze menambah satu lagi gol pada babak kedua sebelum bintang Napoli, Khvicha Kvaratskhelia menyumbat gol kelapan. Ini kekalahan kedua terbesar dalam sejarah bola sepak Thailand selepas dibelasah Britain 9-0 pada 1956.

“Kita mengharapkan persembahan lebih baik. Ramai pemain yang kita baru panggil berpeluang membuat kemunculan pertama mereka.

“Terdapat ramai pemain baru tetapi saya tak fikir mahu salahkan mereka yang bermain hari ini. Semua orang mahu bersedia untuk perlawanan pemanas badan seterusnya menentang Estonia.

“Perlawanan ini merupakan perlawanan penting untuk pemain belajar kerana kita mempunyai pasukan yang kuat.

“Separuh masa pertama, kita melakukan banyak kesilapan dan akibatnya kita dihukum, sesuatu di mana semua orang patut belajar,” katanya selepas perlawanan seperti dilaporkan SiamSport.

Polking kini berharap anak-anak buahnya dapat bangkit apabila turun menentang Estonia pada awal pagi 17 Oktober ini.