Mano Polking & Thailand Berpisah
Asia Tenggara
Changsuek
Advertisements

Kemenangan 3-1 Thailand ke atas Singapura semalam merupakan perlawanan terakhir Mano Polking sebagai jurulatih Thailand.

Ini kerana pada hari ini, Polking sah tidak lagi melatih skuad Gajah Perang.

Perkara ini dikongsikan oleh pengurus pasukan, Nualphan Lamsam atau Madam Pang dalam satu hantaran di Facebook beliau.

Advertisements

“Terima kasih atas dedikasi dan kerja keras anda sepanjang dua tahun, ia satu perjalanan yang hebat. Perjalanan ini ada naik turunnya tetapi kita berjaya melepasinya.

“Terima kasih untuk dua Piala AFF berturut-turut sebagai hadiah Tahun Baru kepada rakyat Thailand.

“Walaupun kita perlu berpisah, saya harap kita dapat bertemu semula sebagai rakan dalam dunia bola sepak. Saya ucapkan selamat berjaya kepada anda pada masa akan datang,” katanya.

Advertisements

Polking bertanggungjawab membimbing skuad Gajah Perang menjulang Piala AFF edisi 2020 dan 2022.

Selain itu, beliau juga bertanggungjawab membimbing skuad B-23 Thailand meraih pingat perak Sukan SEA 2022.

Susulan itu, Madam Pang turut mengumumkan bekas pengendali Buriram United, Masatada Ishii sebagai jurulatih baru Thailand.

Advertisements

Sentuhan Ishii yang pernah meraih treble bersama Thunder Castle musim lepas diharap dapat membantu Thailand dapat mendepani kempen Piala Asia 2023 dengan lebih mantap.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram