Advertising
Mano Polking Tidak Akan Ke Selangor
MakanBola
Changsuek

Hajat penyokong Selangor FC melihat bekas jurulatih Thailand, Mano Polking menjadi pengendali pasukan itu tidak kesampaian.

Ini selepas wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan nama jurulatih berdarah Brazil-Jerman itu tidak tersenarai dalam senarai pendek jurulatih yang berpotensi melatih Selangor.

Ad

Selangor dilaporkan sudah mengenalpasti seorang jurulatih sebagai pengganti Tan Cheng Hoe daripada senarai empat orang jurulatih.

Ad

Tiga daripadanya merupakan jurulatih import dengan seorang jurulatih tempatan melengkapkan senarai tersebut.

Ramai peminat bola sepak percaya jurulatih tempatan yang dimaksudkan ialah pengendali interim, Nidzam Jamil.

Ad

Ini selepas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon sebelum ini memaklumkan nama bekas orang besi Merah Kuning itu turut dalam pertimbangan pengurusan kelab.

Ad

Seandainya Selangor memilih jurulatih import, jurulatih tersebut bakal menjadi jurulatih import ke-10 dalam sejarah pasukan melatih Merah Kuning.

Ad

Kali terakhir Merah Kuning mendapat sentuhan jurulatih import ialah pada musim 2021-2022 di bawah bimbingan jurulatih Jerman, Michael Feichtenbeiner.