Manuel Hidalgo Muncul Pemain Terbaru Sertai JDT
MakanBola
Kedah Darul Aman FC
Sponsors

Juara Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasminya menandatangani bekas pemain Kedah Darul Aman FC, Manuel Hidalgo.

Perkara ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards menerusi satu hantaran di semua media sosial rasmi pasukan JDT.

Ad

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menandatangani Azam Azmi, Manuel Hidalgo, Declan Lambert dan Ryan Lambert. Kami juga dalam perbincangan untuk menandatangani seorang penjaga gol,” tulis JDT di laman sosial rasmi pasukan.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor)

Namun, Hidalgo bakal dipinjamkan ke pasukan pantai timur, Sri Pahang FC bagi menghadapi saingan musim 2024 yang bakal tiba pada Mei.

Ad

“Azam dan Declan masing-masing telah dipinjamkan semula ke Terengganu dan Kuala Lumpur manakala Hidalgo akan dipinjamkan ke Pahang.”

Ad

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama pemain berusia 24 tahun ini beraksi buat Sri Pahang memandangkan beliau pernah menyarung jersi skuad Tok Gajah dari musim 2021 sehingga musim 2022.

Ad

Bersama Sri Pahang, Hidalgo melakukan 35 penampilan dan cemerlang meledak 9 gol 14 bantuan jaringan.

Musim lalu, Manuel Hidalgo bermain bersama pasukan Kedah Darul Aman FC dan berjaya menjaringkan 4 gol dan 10 bantuan jaringan dalam 27 penampilan bersama Sang Kenari.

Selain Hidalgo, JDT turut mengumumkan beberapa pemain seperti Azam Azmi, Ryan dan Declan Lambert sebagai pemain baharu skuad Harimau Selatan.