Azam Azmi Sah Milik JDT Dengan Status Berbeza
Transfer
Terengganu FC
Advertisements

Pertahanan kental Terengganu FC, Azam Azmi Murad sah menjadi milik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan status berbeza.

Pemain berusia 22 tahun itu merupakan tunjang utama buat skuad Peteh sejak beberapa musim kebelakangan ini.

Beliau memainkan peranan penting termasuklah membantu Terengganu beraksi cemerlang di pentas AFC Cup 2023.

Advertisements

Menerusi pengumuman oleh Johor Southern Tigers, pemain berusia 22 tahun itu secara rasmi menjadi milik pasukan setelah banyak khabar angin yang tersebar.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Alistair Edwards berkenaan perpindahan pemain baharu ke JDT.

Advertisements

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menandatangani Azam Azmi, Manuel Hidalgo, Declan Lambert dan Ryan Lambert. Kami juga dalam perbincangan untuk menandatangani seorang penjaga gol.”

“Azam dan Declan masing-masing telah dipinjamkan semula ke Terengganu dan Kuala Lumpur manakala Hidalgo akan dipinjamkan ke Pahang.”

Advertisements

Status Ryan Lambert bagaimanapun masih menjadi tanda tanya sama ada akan kekal bersama pasukan atau tidak.

“Sementara itu Ryan akan berlatih dengan pasukan utama Harimau Selatan, dan sama ada akan dipinjamkan juga atau diserap ke dalam skuad JDT 2024-25,” ujar JST dalam satu kenyataan.

Advertisements

Azam Azmi merupakan antara pemain paling banyak minit permainan bersama Terengganu (1842 minit) dan berjaya menyumbangkan dua bantuan gol di Liga Super 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram