Azam Azmi Kekal Di Terengganu Dengan Status Berbeza?
Transfer
Terengganu FC
Advertisements

Penyokong Terengganu FC berpeluang melihat Azam Azmi Murad menyarung jersi pasukan itu pada musim depan.

Ini kerana bek kanan berusia 22 tahun itu akan kembali menyertai skuad Peteh secara pinjaman untuk musim 2024-2025.

Mengikut keterangan wartawan MakanBola, Faris Zukeiman, Azam bakal memuktamadkan perpindahan tetap ke Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terlebih dahulu.

Advertisements

Setelah itu, beliau akan dipinjamkan kembali kepada Terengganu selama semusim. Satu pengumuman rasmi berkenaan perpindahan ini akan diumumkan dalam masa terdekat.

Berita ini dijangka menggembirakan penyokong Peteh kerana Azam merupakan antara tonggak utama pasukan itu di bahagian pertahanan.

Advertisements

Sejak diberi peluang membuat kemunculan pertama bersama Terengganu pada 2020, beliau telah merekodkan 88 penampilan termasuk 30 penampilan untuk musim 2023.

Musim 2023 turut menyaksikan Azam merekodkan satu gol dan tiga bantuan gol dalam semua kejohanan termasuk Piala Malaysia.

Advertisements

Musim ini dianggap manis buat beliau kerana berjaya membantu Peteh layak ke final Piala Malaysia 2023.

Sekiranya perpindahan pinjaman ini disahkan, Azam bakal menyertai dua lagi pemain JDT yang berpindah secara pinjaman ke Terengganu iaitu Safawi Rasid dan Akhyar Rashid.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram