Bekas pemain Terengganu FC, Manuel Ott memilih untuk kembali mewarnai saingan liga Thailand.
Ini selepas kelab Thai League 1, Rayong FC mengumumkan perpindahan pemain tengah berusia 33 tahun itu.
Ini kali pertama Ott beraksi di Thai League 1 selepas kali terakhir melakukannya pada musim 2019/20. Pada ketika itu, beliau beraksi untuk kelab Ratchaburi.
“Rayong FC mengumumkan telah berjaya mendapatkan Manuel Ott. Seorang pemain tengah pasukan kebangsaan Filipina berusia 33 tahun secara rasminya menyertai The Dragon Horses,” kata kelab dalam satu kenyataan.
Ott antara sembilan pemain yang meninggalkan Peteh selepas tamat musim 2024/25. Selain beliau, Terengganu turut menggugurkan Ismaheel Akinade, Ivan Mamut, Nelson Bonilla dan Argzim Redzovic.
Pengumuman ini sekaligus mengakhiri tempoh Ott berkelana di Malaysia selama empat setengah musim.
Selain Terengganu, beliau juga pernah beraksi untuk Melaka United FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC).
Ott mengikut jejak beberapa bekas rakan sepasukannya yang mendapat pasukan baharu selepas meninggalkan Peteh. Mamut menyertai NK Varazdin dengan CD FAS pula mendapatkan Bonilla.