Bekas pengendali skuad Kedah FA, Roman Marcote menyatakan kesediaannya untuk kembali ke Malaysia pada musim depan. Beliau terbuka untuk mendengar tawaran daripada pasukan Liga Malaysia dan bersedia untuk menyumbangkan ilmu kepada jurulatih tempatan.
Nama Marcote disebut-sebut sebagai bakal jurulatih Kuala Lumpur berikutan Nidzam Adha gagal untuk memenuhi kriteria peraturan lesen yang ditetapkan walaupun telah membawa Kuala Lumpur kembali ke Liga Super untuk musim depan.
The war has not been won, neither have we lost !!
— Kuala Lumpur United (@klunitedfc) October 13, 2020
Take Steps To Protect Ourself and Family !! #sampaimatikualalumpur pic.twitter.com/B1qzV2f124
Bercakap kepada Astro, “Saya ada mendengar mengenai khabar angin ini namun masih tiada tawaran rasmi daripada mana mana pasukan. Tetapi saya bersedia mendengar mana mana tawaran dan berjanji akan memberikan yang terbaik sekiranya dapat kembali ke Malaysia.”

Marcote percaya bahawa kombinasi jurulatih import dan juga tempatan mampu mendatangkan kejayaan kepada sesebuah pasukan. Beliau tidak menolak kemungkinan untuk kembali bekerjasama bersama dengan Nidzam.
Ramon Marcote announced as Kedah boss for 2018 season https://t.co/dahOgcl262 pic.twitter.com/tpw33Fv4Hn
— Goal Ireland (@GoalComIreland) December 12, 2017
Menurut rekod, Ramon Marcote pernah bekerjasama bersama dengan Nidzam Adha ketika dilantik menjadi ketua jurulatih pada musim 2018.