Marselino Ferdinan Puji Malaysia “Aksi Lawan Korea Selatan Mengejutkan Saya”
Harimau Malaya
PSSI/FA Malaysia
Advertisements

Pemain muda berbakat Indonesia, Marselino Ferdinan memuji impak yang dibawa oleh Malaysia ketika berjaya mengikat Korea Selatan dengan keputusan 3-3.

Bintang yang berkelana di Belgium itu menjadi watak penting buat Timnas Indonesia yang berjaya mara ke pusingan kalah mati Piala Asia AFC 2023 di Qatar.

Skuad bimbingan Shin Tae-yong bagaimanapun terpaksa akur dengan kehebatan lawan apabila tunduk kepada Australia dengan keputusan 4-0.

Advertisements

Menerusi satu temu bual bersama Harimau Malaya, pemain berusia 20 tahun itu memuji kualiti aksi antara Malaysia dan Korea Selatan.

“Malaysia saya lihat semalam sangat-sangat luar biasa, lawan Korea Selatan itu sangat mengejutkan bagi saya.”

Advertisements

Beliau juga sempat menitipkan semangat kepada pemain negara agar tetap bersemangat untuk meneruskan perjuangan selepas ini.

“Saya harap rakan-rakan di Malaysia tetap semangat selepas ini. Terus maju,” ujarnya kepada Harimau Malaya.

Advertisements

Malaysia memperoleh satu mata di peringkat Kumpulan E selepas diikat oleh pasukan ke-25 dunia, Korea Selatan dan memperoleh tambahan +12.29 mata FIFA.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram