Maruah Iraq Dirobek Pasukan Ke-136 Dunia
Asia
MakanBola
Iraq FA
Advertisements

Maruah jaguh Asia, Iraq telah dicalarkan oleh pasukan ke-136 dunia.

Aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 menyaksikan satu lagi kejutan berlaku pada perlawanan kedua.

Advertisements

Iraq dipaksa bekerja keras namun tidak mampu untuk melakar kemenangan berdepan Kuwait.

Perlawanan pada babak pertama berlangsung baik dengan kedua-dua pasukan saling bertukar serangan balas pantas.

Advertisements

Jentera serangan yang diketuai oleh Ali Al-Hamadi dan juga Zidane Iqbal gagal memecah kebuntuan pada babak pertama.

Bersambung babak kedua, pertukaran awal dengan memasukkan pemain muda berbakat, Ali Jasim tidak banyak mengubah rentak permainan anak buah Jesus Casas.

Advertisements

Kuwait lebih selesa melakukan gerakan menerusi hantaran pendek dan berjaya melepaskan 7 percubaan sepanjang permainan.

Tambahan masa 6 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Advertisements

Iraq kini mengumpul 4 mata selepas dua perlawanan manakala Kuwait 2 mata selepas dua aksi getir yang diharungi.

News Comments Account