Eropah
Atlas FC
Advertisements

Masa depan ketua jurulatih Atlas FC, Benjamin Mora semakin tergugat selepas pasukannya mengalami rentetan kekalahan pada musim ini.

Pengendali muda itu pulang ke negeri kelahirannya setelah berkelana selama beberapa musim di Malaysia bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dan memperoleh pelbagai kejuaraan di sini.

Atlas FC bermula cemerlang pada awal musim termasuklah ketika membenam pasukan gergasi MLS seperti New York City dan juga Toronto dalam kejohanan League Cup.

Advertisements

Prestasi tersebut tidak dapat diteruskan oleh anak buah Mora dalam lima perlawanan akhir apabila tewas empat dan seri satu kali.

Atlas tewas kepada Puebla dengan keputusan 3-2 disusuli dengan kekalahan besar kepada Guadalaraja selain dua aksi terakhir memberi tamparan besar buat Mora.

Malah, ruangan komen di media sosial juga dipenuhi dengan permintaan agar jurulatih berusia 45 tahun itu berundur dari tugasan beliau (Mora Out).

Advertisements
Untitled design 15 Masa Depan Benjamin Mora Kritikal Di Mexico

Atlas kini terleposok di tangga ke-13 Liga MX selepas 14 perlawanan dan hanya merekodkan 4 kemenangan musim ini.

Pasukan itu hanya berupaya meledak 14 gol dengan purata satu gol setiap aksi sementara bolos 19 gol setakat ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram