Advertisements
Masa Depan Sergio Jamur Sudah Terjawab
UltraSukan
UltraSukan
Sergio Jamur

Selepas meninggalkan Pahang Rangers baru-baru ini, ramai ingin tahu destinasi terbaru pemain import Brazil, Sergio Jamur.

Jamur sah menyertai kelab Brazil, Jaragua. Ini disahkan menerusi pengumuman bersama kelab itu dan beliau di Instagram beberapa hari lepas.

Pengumuman ini sekaligus mematikan khabar angin bahawa beliau akan beralih angin ke selatan tanah air untuk musim 2024.

Jamur bukan asing dengan kelab itu kerana pernah beraksi dengan kelab berkenaan pada 2006-2007 dan 2010.

“Beliau kembali! Didedahkan oleh Jaraguá dan dua kali beraksi untuk kelab antara 2006 dan 2010, sayap Jamur kembali ke Aurinegro untuk musim 2024!” kata kelab dalam satu kenyataan.

Pemain sayap berusia 33 tahun itu membantu Pahang Rangers muncul juara Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim 2023.

Selain Pahang Rangers, Jamur pernah beraksi untuk Levante dan Zaragoza (Sepanyol), Qadsia (Kuwait), Zhuhai Ming Shi (China) dan Aqua Sapone (Itali).

 

Related Articles