Malaysia berpotensi meraih tambahan mata FIFA Lumayan sekiranya melakar kemenangan ke atas Thailand.
Skuad kendalian Pau Marti cemerlang mengikat Kemboja sebelum melakar kemenangan penting menentang Timor Leste dengan keputusan 3-2.
Pasukan kebangsaan kini bakal menghadapi satu misi besar apabila perlu menentang pasukan ke-97 dunia, Thailand di Bangkok bagi aksi ketiga kumpulan.
Malaysia kini mendahului carta kumpulan dengan 4 mata selepas dua perlawanan manakala Thailand mengekori rapat di tangga kedua.
Kemas kini ranking masa-nyata FIFA menyaksikan Harimau Malaya berpeluang meraih mata tambahan mencecah +3.03 mata selain mengekalkan rekod tanpa kalah.
Pungutan mata ini membolehkan skuad negara mengumpul 1120.5 mata untuk kekal menghuni tangga ke-132 dunia sebelum berdepan Singapura di laman sendiri pada 20 Disember.
Harimau Malaya ketika ini menghuni tangga keempat di Asia Tenggara selepas Thailand (97), Vietnam (116) dan Indonesia (124).
Aksi antara Thailand vs Malaysia bakal berlangsung pada 14 Disember jam 9 malam di Stadium Rajamangala, Bangkok.