Gelagat dua jaguh Muay Thai Malaysia, Johan dan Miki Ghazali mencuri perhatian warga maya.
Ini selepas Miki mengajukan persoalan kepada Johan berhubung kekalahannya di tangan Shimon Yoshinari dalam saingan ONE Championship baru-baru ini.
Miki secara berseloroh bertanya mengapa abangnya gagal menghalang tumbukan Yoshinari dalam pertarungan itu.
“Asal mata sudah biru, tak halang (tumbukan Yoshinari) ke?” katanya dengan nada mengusik dalam satu video TikTok.
Johan yang tahu adiknya sekadar bergurau kemudian menjawab, “Kau belum tengok muka dia (Yoshinari) lagi.”
Miki turut menunjukkan taktik pertarungan kepada Johan sekiranya berdepan situasi sama pada masa akan datang.
Ramai pengguna di ruang komen melihat Miki memberi komen membina buat abangnya sebelum menghadapi pertarungan seterusnya.
Seorang pengguna TikTok bernama Meyyrymo melihat giliran Johan pula mendapat nasihat berguna daripada adiknya. “Giliran abang dengar cakap adik,” katanya.
Seorang lagi pengguna TikTok bernama Ceo Mar turut senada dengan dia. “Miki mengajar dengan nada yang lembut,” tambahnya.
Selepas tewas kepada Yoshinari, Johan kini merekodkan lapan kemenangan dalam 12 pertarungan ONE Championship.