Jaguh Muay Thai Malaysia, Johan Ghazali gagal meneruskan rentak kemenangan untuk tahun 2026 apabila tewas kepada jaguh Jepun, Shimon Yoshinari dalam ONE Samurai 1.
Johan yang mesra disapa Jojo mahu meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan wakil Myanmar, Ye Yint Naung pada Februari lalu.
Meskipun begitu, Yoshinari disifatkan bukan calang-calang dalam gelanggang. Ini kerana sepupu kepada juara dunia, Nadaka Yoshinari itu berstatus juara dunia Majlis TInju Sedunia (WBC) Muay Thai.
Antara lawan yang pernah ditumbangkan Yoshinari ialah bekas juara dunia empat kali, Yodlekpet Or Atchariya. Ini jelas menunjukkan jaguh Jepun itu merupakan lawan hebat Johan untuk ONE Samurai 1.
Sebaik perlawanan bermula, kedua-dua jaguh membei tentangan sengit dalam gelanggang. Yoshinari turut mendapat sokongan penyokong sendiri di Ariake Arena, Jepun.
Meskipun memberi tentangan hebat kepada jaguh Negara Matahari Terbit itu, Johan diisytiharkan tewas menerusi keputusan sebulat suara juri.
Kejayaan Yoshinari menyaksikan beliau turut menerima kontrak ONE Championship bernilai AS$100,000 (RM395,000).