Advertising
Matthew Davies: Malaysia Mahu Bangkit Semula
MakanBola
FA Malaysia

Bek kanan skuad senior Malaysia, Matthew Davies berharap dapat menjadikan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan esok sebagai medan kebangkitan mereka.

Malaysia sebelum ini kecewa apabila tewas 2-0 di tangan Tajikistan dalam aksi final Pestabola Merdeka pada bulan lalu.

Kekalahan itu sekaligus menamatkan rekod tujuh perlawanan tanpa kalah Harimau Malaya di pentas antarabangsa sejak tersingkir dari aksi separuh Piala AFF 2022.

Ad

Justeru, bek kanan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) itu melihat ini bukan sekadar peluang mengutip tiga mata penuh. Malah, ini dapat meningkatkan kesepaduan antara pemain dalam pasukan.

“Motivasi (pemain) berada pada tahap yang bagus. Jelas sekali kita kecewa bila tewas dengan Tajikistan. Sudah tentu kita perlu lupakannya dan kita perlu pastikan ia tak berulang lagi.

Ad
Ad

“Seperti saya katakan, apa saja boleh berlaku tetapi kita bukan kalah sebagai individu. Kita menang sebagai satu pasukan, kita kalah juga sebagai satu pasukan.

Motivasi pada tahap yang bagus dan kita positif kita boleh mendapatkan keputusan yang bagus,” ujar Matthew dalam sidang media pra-perlawanan hari ini yang disiarkan di Astro Arena.

Harimau Malaya berharap dengan sokongan padu penyokong esok, mereka dapat meraih kemenangan ke atas The White Falcons di Stadium Nasional Bukit Jalil.