Bekas penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Matyo sah perkuat serangan pasukan Kelantan Red Warrior (Kelantan RW).
Pengumuman ini dibuat di laman media sosial rasmi Kelantan RW yang menyaksikan Matyo serta Presiden Kelab, Nik Hafiz Naim bergambar bersama selepas menandatangani kontrak.
”Urusan dimuktamadkan,” umum Kelantan RW di laman media sosial.
Matyo yang sebelum ini mengumumkan persaraan pada April 2024 telah dilantik sebagai pembantu jurulatih pasukan B-23 KL City musim lalu dan terkini bakal bersama Kelantan RW di Liga A1.
Untuk rekod, penyerang berusia 39 tahun ini begitu sinonim dengan negeri Kelantan selepas beliau pernah menjadi satu fenomena apabila membawa pasukan itu muncul kuasa bola sepak tanah air suatu ketika dahulu.