Media Australia menghamburkan pujian kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Shane Lowry.
Skuad Harimau Selatan berjaya meraih hatrik Piala FA dan menjadi satu-satunya pasukan yang mencipta sejarah tersebut.
Shane memainkan peranan penting tatkala JDT melakar kemenangan besar 6-0 ke atas Selangor dalam aksi epik di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Pemain berusia 35 tahun itu membantu skuad kendalian Hector Bidoglio meraih trofi kedua musim ini selepas Piala Sumbangsih.
Lowry membentuk gandingan mantap bersama Feroz Baharudin untuk menampung ketiadaan kapten pasukan, Jordi Amat.
Persembahan cemerlang bekas pemain Aston Villa yang sudah bersama JDT sejak tahun 2021 telah menarik perhatian media Australia, Front Page Football.
“Tahniah kepada bekas pemain A-League, Shane Lowry kerana telah dinobatkan sebagai pemenang Piala FA Malaysia bersama pasukan JDT.
“Pemain pertahanan berusia 35 tahun itu bermain 85 minit pada perlawanan akhir ketika Johor menumpaskan Selangor 6-1 di Kuala Lumpur untuk menjulang trofi Piala FA ketiga berturut-turut.
“Lowry adalah sebahagian daripada Johor DT yang luar biasa yang telah menguasai sepenuhnya bola sepak di Malaysia kerana kelab itu tidak pernah tewas dalam perlawanan Liga Super sejak 2021,” ujar laman tersebut.
Lowry juga merupakan watak penting ketika membantu JDT mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC (ACL) dua tahun lalu.