Media Eropah Terpukau Dengan Gol Fernando Forestieri
MakanBola
JST & 433
Sponsors

Jaringan berkelas dunia penyerang import Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri telah mencuri tumpuan media antarabangsa.

Sebelum ini telah tular gol hasil sepakan percuma daripada Amri Yahyah, kini nama Forestieri pula muncul dan meniti di bibir peminat bola sepak antarabangsa selepas media dari eropah iaitu 433 memuat naik video jaringan akrobatik Forestieri.

Ad

Pada minit ke-20 permainan, hantaran pendek menerusi Afiq Fazail telah ditampan kemas Forestieri dengan kepala sebelum beliau melakukan satu lipatan cantik, melurukan bola terus ke gawang Terengganu.

Ad

Video yang telah dimuat naik 433 di laman Instagram itu telah mencapai lebih 4 juta tontonan dengan 270 ribu likes sementara di Twitter setakat ini telah mencapai 80 ribu tontonan dengan lebih 600 pengguna Twitter mengulang ciap video tersebut.

Ledakan Forestieri ketika aksi Liga Super 2023 antara JDT dan Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin tempoh hari merupakan jaringan pembukaan perlawanan. Gol Forestieri telah menyumbang kepada kemenangan JDT keatas Terengganu 3-1.

Ad

JDT dan Terengganu masing-masing akan berentap dengan lawan masing-masing bagi mengesahkan slot ke pentas akhir Piala FA 2023. JDT bakal bertemu Selangor pada Isnin, 26 Jun 2023 sementara Terengganu bakal melayan kunjungan KL CIty pada esok di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Ad