Dunia
Sabah FC & 433
Advertisements

Media antarabangsa terkemuka, 433 telah memuat naik video sepakan percuma yang diambil pemain Sabah FC, Amri Yahyah.

Advertisements

Penyerang Sabah yang berusia 42 tahun itu berjaya menghasilkan satu gol cantik ketika pertembungan antara Sabah FC menentang Kelantan United dalam saingan Piala MFL 2023.

Pada minit ke-91 permainan, Amri yang dimasukkan sebagai pemain gantian telah menambah derita pasukan pelawat apabila sepakan percuma yang diambilnya itu cantik masuk ke gawang sekaligus menewaskan penjaga gol Kelantan United, Amin Mat Gani.

Advertisements

Jaringan sempurna dari penyerang lagenda itu mendapat perhatian ramai hingga menembusi di beberapa platform media antarabangsa. 433 yang memuat naik hantaran tersebut di laman Twitter dilihat mencapai sehingga 181 ribu jumlah tontonan.

Sementara di akaun Instagram 433, video tersebut telah mendapat 6 juta tontonan dan meraih lebih 300 ribu likes. Teknik sepakan bersahaja itu menjadi bualan ramai serta mendapat pujian peminat-peminat bola sepak di seluruh dunia.

Advertisements

Gol minit akhir Amri tersebut memastikan malam gemilang diraih skuad muda Sabah apabila berjaya menundukkan Kelantan United dengan keputusan 4-1 di Stadium Likas, pada 21 Mei lalu.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram