Media Indonesia Dakwa Jordi Amat Tarik Perhatian Kelab India
Transfer
Johor Southern Tigers
Advertisements

Salah sebuah media Indonesia bahawa pemain sensasi JDT, Jordi Amat telah menarik minat kelab India bagi saingan musim 2024/25.

Pertahanan kelahiran Sepanyol itu menjadi watak penting buat skuad kendalian Tano Solari termasuklah membantu Harimau Selatan untuk mengekalkan 4 trofi kejuaraan yang dimenangi tahun lalu.

Pemain berusia 31 tahun itu menjadi pilihan utama ketua jurulatih, Tano Solari untuk mengisi bahagian tengah pasukan dan diberikan lilitan kapten.

Advertisements

Beberapa khabar angin mula mengaitkan pemain warisan Indonesia itu dengan kelab luar setelah sebelum ini beliau dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Turki.

Menerus tangkap layar oleh sebuah media Indonesia, terdapat maklumat daripada laman bola sepak di India yang mengatakan bahawa pertahanan Swansea City itu menarik minat jaguh India, Mohun Bagan.

Advertisements

“Mohun Bagan telah pun memulakan persiapan pembinaan pasukan mereka untuk Musim 2024-25.”

“Pihak pengurusan telah mengenal pasti pemain antarabangsa Indonesia Jordi Amat sebagai pilihan, walaupun belum dihubungi. Telah dimaklumkan bahawa tiada peluang untuk membawanya pada bulan Januari ini,” ujar laman tersebut.

Advertisements

Khidmat pemain tinggi lampai ini bagaimanapun tidak dapat dibawa ke sana pada bulan Januari ini apabila difahamkan JDT berminat untuk mengekalkan khidmatnya musim hadapan.

Pada musim ini, Jordi Amat telah beraksi hampir 1980 minit dalam saingan Liga Super dan membantu JDT mumungut 100 jaringan musim ini dengan rekod tanpa kalah.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram