Jordi Amat Ketuai Skuad Terkuat Indonesia Ke Piala Asia
Dunia
FIFA
Advertisements

Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) telah mengumumkan 29 pemain yang terpilih untuk membawa cabaran Indonesia ke Piala Asia 2023 Qatar bulan depan.

Antara pemain bintang yang dipanggil oleh jurulatih Shin Tae-yong adalah pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat, sayap lincah Sabah FC, Saddil Ramdani dan pertahanan Ipswich Town, Elkan Baggott.

Daripada 29 pemain yang dipanggil, 11 daripadanya merupakan pemain yang beraksi di liga luar manakala selebihnya merupakan pemain yang beraksi di Liga 1 Indonesia.

Advertisements

“Pemain yang bermain di Liga 1 sudah boleh bersama pasukan kerana liga ditangguhkan hingga awal Februari 2024. Selain itu juga, mereka akan menjalani beberapa perlawanan ujian, pada tanggal 2 dan 5 Januari 2024 melawan Libya di Antalya, kemudian 9 Januari melawan Iran di Qatar, di lapangan latihan Iran.

“Para pemain yang dipanggil ada di antaranya sudah melalui perlawanan kelayakan Piala Dunia di Iraq dan Filipina sebelum ini. Nama baru seperti Justin Hubner yang sudah menjadi warganegara Indonesia juga turut dipanggil.

Advertisements

“Hanya Rachmat Irianto yang mengalami kecederaan dan tiada pemain pengganti,” tutur pengurus Timnas Indonesia, Sumardji.

Namun agak mengejutkan apabila penjaga gol yang selalu dipanggil ke kem kebangsaan, Nadeo Argawinata tidak dipanggil untuk membawa cabaran Indonesia ke Piala Asia.

Advertisements

Berikut merupakan barisan 29 pemain yang dipanggil Shin Tae-yong.

Penjaga gol:
1. Syahrul Trisna – Persikabo
2. Muhamad Riyandi – Persis Solo
3. Ernando Ari – Persebaya Surabaya

Advertisements

Pertahanan:
4. Justin Hubner – Wolverhampton
5. M. Edo Febriansah – Persib Bandung
6. Wahyu Prasetyo – PSIS Semarang
7. Rizky Ridho – Persija Jakarta
8. Jordi Amat – Johor Darul Tazim FC
9. Elkan Baggott – Ipswich Town
10. Sandy Walsh – KV Mechelen
11. Shayne Pattynama – Viking FK
12. Asnawi Mangkualam – Jeonnam Dragons
13. Pratama Arhan – Tokyo Verdy

Tengah:
14. Saddil Ramdani – Sabah FC
15. Marc Klok – Persib Bandung
16. Ricky Kambuaya – Dewa United
17. Witan Sulaeman – Persija Jakarta
18. Egy Maulana – Dewa United
19. Adam Alis – Borneo FC
20. Arkhan Fikri – Arema FC
21. Yakob Sayuri – PSM Makassar
22. Yance Sayuri – PSM Makassar
23. Marselino Ferdinan – KMSK Deinze
24. Ivar Jenner – Jong Utrecht

Penyerang:
25. Hokky Caraka – PSS Sleman
26. Ramadhan Sananta – Persis Solo
27. Dendy Sulistyawan – Bhayangkara Presisi FC
28. Dimas Drajad – Persikabo
29. Rafael Struick – ADO Den Haag

Menurut Makanbola Indonesia, salah seorang pemain bintang iaitu Stefano Lilipaly adalah antara pemain yang disisihkan daripada panggilan kali ini biarpun terdapat desakan di media sosial supaya memanggil bintang tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram