Media Indonesia telah mengaitkan perpindahan pemain muda, Merselino Ferdinan ke Kelantan Darul Naim.
Pemain berusia 20 tahun itu merupakan tunjang utama buat skuad senior dan B-23 Indonesia terutamanya dalam kempen di Piala Asia tempoh hari.
Beliau berjaya membantu skuad senior Sang Garuda layak ke pusingan kalah mati sementara memperoleh tempat ke-4 bagi edisi B-23 baru-baru ini.
Masa depan pemain yang beraksi di Belgium bersama KMSK Deinze menjadi perhatian selepas beliau kurang mendapat minit bermain di sana.
Marselino hanya tiga perlawanan dalam kancah Challenger Pro League 2024 tanpa sebarang jaringan.
Menerusi satu laporan oleh media Indonesia, Pojok Arena telah melaporkan bahawa Kelantan DN tertarik untuk mendapatkan khidmat Marselino Ferdinan.
Kontrak pemain ini difahamkan berakhir pada 30 Jun 2024 dan sekiranya tidak disambung oleh kelab, Marselino dikhabarkan memiliki potensi cerah untuk menyertai Kelantan DN.
Perkongsian ini telah mendapat liputan meluas dengan hampir 9,200 pengikut telah memberikan tanda suka kepada hantaran ini namun memiliki pelbagai pandangan tentang berita perpindahan ini.
Sekiranya perpindahan ini menjadi kenyataan, beliau akan menyusuli langkah beberapa rakan senegara yang beraksi dalam kancah Liga Malaysia seperti Jordi Amat (JDT) dan juga Saddil Ramdani (Sabah).
Perpindahan ini kelihatan sukar susulan Kelantan DN kini memiliki 9 pemain import yang baru memulakan langkah namun jendela perpindahan kedua bakal dibuka kembali, Ogos ini.