Advertisement
Media Korea Selatan Tentang Lantikan Pengganti Jurgen Klinsmann
Asia
MakanBola
Korea FA

Selepas pengumuman mengenai pelantikan jurulatih interim baharu Korea Selatan, Hwang Sun-hong, pelbagai reaksi yang diberikan oleh ramai pihak. 

Baru-baru ini, media daripada Korea Selatan, Star News dilaporkan mengkritik tentang pengambilan jurulatih interim yang dianggap sebagai ‘tangkap muat’. 

Hal ini kerana, Hwang Sun-hong juga memegang jawatan sebagai jurulatih skuad bawah 23 tahun Korea Selatan. Oleh itu, mereka merasakan lantikan tersebut bakal beri impak negatif terhadap perancangan pasukan kerana beliau perlu memikul dua tanggungjawab yang besar.

Sementara itu, media SpoTV juga menyatakan bahawa pelantikan Hwang Sun-hong akan menggangu persiapan skuad muda itu bagi menghadapi Piala Asia B-23 untuk layak secara automatik ke sukan Olimpik 2024.

Tugas berat menanti buat jurulatih berusia 55 tahun ini kerana skuad senior juga bakal menghadapi dua perlawanan penting dalam waktu terdekat ini iaitu pusingan kedua kelayakan Piala Dunia yang akan berlangsung pada bulan Mac ini. 

Kejohanan Piala Asia bawah 23 tahun turut akan berlangsung bermula dari 15 April sehingga 3 Mei di Qatar. Skuad muda Korea Selatan berada dalam kumpulan yang cukup ampuh antaranya Jepun, UAE dan China. Ianya bukan satu tugas mudah buat Hwang Sun-hong.

Walaubagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) menyatakan bahwa pelantikan yang dibuat adalah untuk memberikan ruang dan peluang meneliti dan mengenal pasti jurulatih yang terbaik untuk mengemudi skuad senior Korea Selatan.