Hwang Sun-hong Atasi Park Hang-seo, Dilantik Jurulatih Interim Korea Selatan
Asia
Korea FA
Advertisements

Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) sah melantik jurulatih skuad Olimpik Korea Selatan, Hwang Sun-hong sebagai pengendali interim skuad senior negara itu.

Keputusan itu diumumkan badan induk bola sepak Korea Selatan itu menerusi satu sidang media yang diadakan hari ini.

Pengumuman ini sekaligus menamatkan desas-desus siapa bakal mengendalikan Pahlawan Taeguk untuk dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada Mac ini.

Advertisements

Selain Sun-hong, KFA turut mempertimbang dua lagi calon iaitu bekas jurulatih Vietnam, Park Hang-seo dan bekas pengendali Gangwon,  Choi Yong-soo.

Sebelum pengumuman tersebut dibuat, ramai peminat bola sepak Korea Selatan melihat Hang-seo sebagai pilihan utama disebabkan pencapaian cemerlangnya bersama Vietnam.

Advertisements

“KFA melantik jurulatih skuad Olimpik, Hwang Sun-hong sebagai jurulatih sementara untuk mengetuai pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan dalam dua perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Thailand pada Mac,” kata KFA dalam satu kenyataan.

KFA turut memaklumkan seorang jurulatih baru bakal dilantik menggantikan Jurgen Klinsmann selewat-lewatnya pada awal Mei ini.

Advertisements

Ini bagi membolehkan jurulatih baru itu memiliki tempoh mencukupi untuk membentuk skuad mantap untuk baki aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026 pada Jun ini.

“Selain itu, kami bercadang untuk melantik jurulatih rasmi selewat-lewatnya awal Mei bagi mempersiapkan diri menghadapi pusingan kelayakan kedua Piala Dunia pada bulan Jun,” tambahnya.

Advertisements

Selepas Klinsmann disingkirkan sebagai jurulatih Pahlawan Taeguk baru-baru ini, ramai jurulatih asing menyatakan minat untuk mengisi kerusi panas berkenaan.

Antara jurulatih yang menunjukkan minat ialah Steve Bruce, Philip Cocu, Senol Gunes dan Fabio Cannavaro.

Sun-hong bakal mengemudi Korea Selatan untuk aksi ketiga kelayakan Kumpulan C menentang Thailand pada 21 Mac ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram