Media Lawak Antarabangsa Sifatkan Gol Faisal Halim Gol Terbaik Piala Asia
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Gol pertama Malaysia dalam Piala Asia 2023 yang dijaringkan oleh Faisal Halim disifatkan sebagai gol terbaik kejohanan buat setakat ini.

Perkara tersebut diakui oleh sebuah media lawak antarabangsa, Troll Football Media yang berkongsi video tersebut melalui laman sosial X sebentar tadi.

Gol yang terhasil pada minit ke-51 itu dilihat sangat menarik dengan Faisal berjaya memperdaya beberapa pemain Korea Selatan termasuk penjaga gol sebelum menyudahkannya dengan sepakan yang mengelirukan.

Advertisements

Jaringan tersebut amat bermakna buat Malaysia yang mahukan gol pertama mereka dalam edisi kali ini selepas gagal menjaringkan gol pada dua aksi terdahulu menentang Jordan dan Bahrain.

Meninjau di ruangan komen, ramai pengguna X terkesima dengan jaringan yang dihasilkan oleh Faisal, malah ada yang menganggap gol tersebut terhasil seolah-olah ketika berada di dalam sesi latihan.

Dalam aksi sebentar tadi, Korea Selatan terlebih dahulu di hadapan melalui tandukan deras Jeong Woo-yeong untuk memberikan kelebihan tipis buat Korea Selatan untuk separuh masa pertama.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Malaysia meneruskan tekanan ke atas benteng Korea Selatan dan ianya nyata berhasil melalui dua jaringan pantas dari Faisal Halim dan juga jaringan penalti oleh Arif Aiman.

Syihan Hazmi menjaringkan gol sendiri pada minit ke-83 selepas cuba menepis sepakan percuma Lee Kang-in. Son Heung-min menjadikan kedudukan berubah menjadi 3-2 melalui sepakan penalti.

Romel Morales menjadi wira Harimau Malaya apabila menjaringkan gol penyamaan bagi memberikan satu mata bermakna buat Malaysia dalam saingan Piala Asia kali ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram