Media Vietnam Laporkan Kem Malaysia Alami Krisis Kecederaan Di Qatar
Harimau Malaya
Famalaysia
Advertisements

Media Vietnam melaporkan kem Malaysia alami krisis kecederaan di Qatar selepas tamat siri perlawanan persahabatan menjelang sepak mula Piala Asia Bawah 23 tahun bermula. 

VnExpress melaporkan bahwa salah seorang pemain tengah kebangsaan bawah 23 tahun, Aiman Afif mengalami kecederaan selepas tamat perlawanan persahabatan menentang Qatar tempoh hari. Malaysia tewas bagi aksi tersebut. 

Ini merupakan aksi pemanas kedua buat skuad kebangsaan selepas tewas menentang China. 

Advertisements

Jurulatih B-23 negara, Juan Torres Garrido menyatakan terdapat beberapa pemain yang lain alami kecederaan ringan. Namun, beliau turut mengesahkan bahwa kesemuanya telah beransur pulih. 

“Agak malang Afif mengalami kecederaan. Terdapat beberapa pemain lain yang turut pulih daripada kecederaan ringan,” kata jurulatih Garrido selepas perlawanan persahabatan dengan Qatar.

Malaysia diundi berada di kumpulan D bersama Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait.

Advertisements

Skuad muda negara bakal memulakan kempen Piala Asia B-23 menentang wakil Asia tengah, Uzbekistan pada 17 April ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram