Malaysia Kecundang Dua Aksi, Kali Ini Berdepan Qatar B-23
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Skuad muda Malaysia mencatatkan kekalahan kedua berdepan skuad b-23 Qatar dalam satu aksi persahabatan tertutup semalam.

Aksi yang berlangsung di Qatar itu menyaksikan anak didik Juan Torres bertemu pasukan tuan rumah sebagai aksi pemanas badan selepas tewas kepada China B-23 tempoh hari.

Perlawanan pemanas badan ini bagaimanapun tidak memihak kepada skuad muda negara sekali lagi apabila tewas tipis kepada lawan.

Advertisements

Perjalanan aksi berlangsung sedikit mendatar pada awal 35 minit pertama setelah beberapa percubaan berjaya digagalkan oleh lawan.

Tuan rumah bagaimanapun berjaya berada di depan selepas membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Ahmed Husam pada minit ke-45.

Advertisements

Aksi babak pertama tamat 1-0 memihak lawan.

Bersambung babak kedua, Malaysia B-23 cuba mengatur gerak dengan lebih agresif untuk mencari gol penyamaan.

Advertisements

Usaha itu akhirnya bagaimanapun tidak membuahkan hasil sungguhpun beberapa peledak berbakat negara seperti Fergus Tierney dan Luqman Hakim diberi kepercayaan untuk beraksi.

Perlawanan tamat dengan keputusan 1-0 memihak Qatar pada perlawanan ini.

Advertisements

Sebelum ini, skuad muda negara tumpas satu aksi persahabatan menentang China B-23 dengan keputusan 2-1.

Malaysia tewas tiga daripada 4 perlawanan persahabatan terakhir sebelum aksi sebenar pada 17 April 2024 menentang Uzbekistan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram