Malaysia Alami Kekalahan Kepada Skuad B-23 China
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Skuad B-23 Malaysia terpaksa akur selepas ditewaskan pasukan China dalam satu perlawanan persahabatan tertutup.

Aksi pemanas badan yang berlangsung di bumi Qatar malam semalam menyaksikan Malaysia ditewaskan skuad muda China dengan keputusan 2-1. Perlawanan ini sebagai persiapan pasukan sebelum memulakan aksi pertama di pentas Piala Asia B-23.

Babak pertama perlawanan menyaksikan skuad kendalian Juan Torres ketinggalan satu gol menerusi jaringan pemain China, Aifeierding Aisikaer. China dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-26 permainan sekaligus menutup aksi di separuh masa pertama dengan keputusan 1-0.

Advertisements

Bersambung aksi di babak kedua, Malaysia berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-61 permainan menerusi penyerang Johor Darul Ta’zim, Fergus Tierney. Malaysia bagaimanapun terpaksa akur apabila pengadil perlawanan sekali lagi menghadiahkan sepakan penalti buat pasukan lawan.

Pada minit ke-85 permainan, Aifeierding Aisikaer mudah menyempurnakan sepakan penalti untuk gol kemenangan pasukan. Aksi tamat, Malaysia 1-2 China.

Untuk kempen Piala Asia B23 2023 kali ini, Malaysia telah diundi dalam saingan Kumpulan D bersama Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait. 

Advertisements

Skuad kendalian Juan Torres akan turun bagi aksi pertama berdepan Uzbekistan pada 17 April 2024. Aksi kedua pula bertemu jaguh Asean iaitu Vietnam pada 20 April dan akan menentang Kuwait untuk aksi terkahir peringkat kumpulan pada Selasa, 23 April 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram