Melaka Bawa Cabaran Menggerunkan Musim Baru
MakanBola
Melaka FC
Sponsors

Selepas menamatkan saingan Liga A1 Semi Pro musim 2023 di tangga ke-10, Melaka FC tampil garang dalam dua aksi awal musim 2024/25.

Lantas, tidak hairanlah mengapa pengendali Bukit Tambun FC, Hasbul Hazani Daud enggan memandang rendah keupayaan pasukan yang dibimbing K. Devan itu.

Ad

Devan yang dibawa masuk menggantikan jurulatih sebelumnya, Pedro Hipolito menerapkan corak permainan pantas dalam kalangan anak buahnya.

Ad

Ini disokong dengan kehadiran ramai pemain berkualiti seperti Haziq Puad, Nizaruddin Jazi, Nasir Basharudin dan Abdul Azim Rahim yang menjadikan Melaka lebih digeruni.

Melaka membuka kempen liga musim 2024/25 dengan positif apabila mengekalkan rekod tanpa kalah dalam dua perlawanan.

Ad

Selepas membelasah PIB Shah Alam 4-1 pada 1 Jun lalu, Melaka kemudiannya diikat tanpa jaringan oleh Gombak pada 8 Jun lalu.

Ad

Meskipun sedar dengan kekuatan yang dimiliki anak buah Devan, Hasbul Hazani berharap Bukit Tambun dapat memberi tentangan kepada pasukan itu.

Ad

“Kami menghormati lawan namun bukan alasan buat pemain-pemain mempamerkan aksi berkualiti kerana sasaran kita adalah tiga mata penuh dan semua ini tidak mustahil berdasarkan perancangan yang telah diterapkan.

“Berikan tumpuan sepenuhnya dan elakkan kesilapan mudah serta berjuanglah sehingga tamat masa perlawanan,” katanya.

Melaka dan Bukit Tambun bakal berentap dalam aksi ketiga Liga A1 Semi Pro pada 22 Jun ini di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan.