Melaka Sasar Kejar Tangga Teratas Liga A1
MakanBola
Melaka FC

Kelab Liga A1 Semi-Pro, Melaka FC masih yakin dapat mengejar kedudukan pendahulu liga yang dihuni Imigresen FC ketika ini.

Keyakinan ini dilaungkan pengendali pasukan itu, K. Devan selepas perlawanan terbaru liga dengan PT Athletic FC pada 2 Ogos lalu.

Ad

Melaka berharap dapat menghambat Imigresen dengan meraih satu lagi kemenangan ke atas anak buah Nazrulerwan Makmor. Ini ditambah dengan fakta pasukan itu masih belum kalah dalam liga.

Ad

Malangnya, usaha Melaka untuk menembusi gawang tuan rumah tidak berhasil. Sebaliknya, PT Athletic meraih kemenangan menerusi jaringan tunggal Nurshamil Ghani.

Meskipun tewas, Devan menyifatkan perjuangan untuk memburu kedudukan teratas liga masih belum berakhir. Ini kerana Melaka baru saja mengharungi tujuh perlawanan.

Ad

Justeru, Devan percaya pasukan itu akan bangkit semula dan terus menghambat kelompok teratas liga.

Ad

“Masih awal, masih awal lagi. Baru tujuh perlawanan dan kita main di tempat lawan hari ini (dan) bukan di tempat sendiri ya. Jadi, mungkin daripada kekalahan ini, seharusnya pasukan saya jadi lebih baik dalam perlawanan-perlawanan akan datang.

Ad

“Dan kita kalau boleh mencipta kejayaan. Peluang itu masih ada untuk berada di tangga pertama dan kedua dalam saingan Liga A1 Semi-Pro,” katanya.

Selepas ini, Melaka bakal berdepan YPM FC untuk aksi liga yang seterusnya pada 10 Ogos ini. Melaka berpeluang merapatkan jurang dengan Imigresen memandangkan pendahulu liga itu tidak memiliki perlawanan untuk hari perlawanan minggu kesembilan.