Aksi Liga A1 Semi Pro menyaksikan PT Athletic berjaya melakar kejutan untuk menundukkan Melaka FC.
Aksi yang berlangsung di Stadium Mini Majlis Perbandaran Sepang itu menyaksikan kedua-dua pasukan saling bertukar serangan pada 15 minit pertama.
Percaturan Ketua Jurulatih, Nazrulerwan Makmor untuk meletakkan trio serangan Amri Yahyah, Adam Azeez dan Nurshamil Ghani memberi sinar awal.
Detik yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba pada minit ke-44 apabila gerakan cantik tuan rumah berjaya disudahkan oleh Nurshamil Abd Ghani.
Aksi separuh masa pertama tamat dengan keputusan 0-0.
Bersambung babak kedua, PT Athletic lebih banyak mengatur serangan balas pantas ke arah gawang Melaka FC.
Cubaan bekas pemain Sabah FC, Amri Yahyah melepaskan rembatan ke arah kanan gawang sedikit tersasar.
Melaka mendapat sepakan percuma hasil kekasaran oleh Latiff Suhaimi namun rembatan Azim Rahim singgah di palang gol.
Tambahan masa 6 minit tidak mampu mengubah kelebihan PT Athletic sehingga wisel penamat dibunyikan.
PT Athletic melonjak ke tangga keempat Liga A1 dengan 14 mata manakala Melaka kekal pada kedudukan kedua liga dengan 16 mata.
Melaka juga mendapat kekalahan pertama selepas 7 aksi yang diharungi musim ini.