Messi Marah Dengan Van Gaal dan Weghorst
Piala Dunia
TYC Sports
Advertisements

Perlawanan suku akhir Piala Dunia 2022 membabitkan Argentina dan Belanda semalam menyaksikan Albiceleste layak ke separuh akhir menerusi penentuan sepakan penalti. Tetapi ia juga dianggap panas dengan provokasi dari pasukan Belanda sehingga mengundang kemarahan ramai pemain Argentina termasuk Lionel Messi.

Selepas tamat perlawanan, legenda Barcelona itu sedang bersiap sedia untuk temubual pasca-perlawanan bersama TYC Sports apabila seseorang dari kem Oranje mengintainya. Sebaik menyedari apa yang dilakukan individu berkenaan, Messi yang berang mengutuk, “Apa yang kau tengok, bodoh?” Insiden tersebut tular di laman media sosial.

Wartawan SVT Sport, Johan Kucukaslan yang berdiri tidak jauh dari tempat Messi ditemubual percaya kutukan tersebut ditujukan kepada penjaring dua gol Belanda, Wout Weghorst. Dan ini turut disokong oleh komen Messi selepas perlawanan, “Saya tak suka orang bercakap sebelum perlawanan. Pemain nombor 19 (Weghorst) datang dan mula memprovokasi kami, langgar kami, perlekeh kami.

Advertisements

“Jurulatih mereka juga tidak menghormati kami. Ia sesuatu yang tidak bagus pada pandangan saya, seorang jurulatih berkaliber membuat pengisytiharan sebegitu rupa. (Louis) van Gaal langsung tiada rasa hormat kepada pasukan kebangsaan Argentina.”

Messi mempunyai sebab kukuh merasa geram dengan bekas jurulatih Manchester United itu. Dalam sidang media pra-perlawanan Argentina-Belanda, van Gaal menyifatkan penyerang PSG itu tidak menyumbang apa-apa apabila Albiceleste kehilangan bola dan ia satu kelemahan yang boleh dieksploitasi Oranje semasa perlawanan.

Komen tersebut menjadi sebab Messi kemudiannya sengaja meraikan gol penalti pada minit ke-73 di hadapan bangku kem Belanda. Selepas perlawanan berakhir, legenda Barcelona itu bersemuka dengan van Gaal. Pembantu jurulatih Belanda, Edgar Davids berusaha meredakan ketegangan antara kedua-duanya sebelum beberapa pemain Argentina membawa Messi pergi.

Advertisements

Argentina bakal bersemuka dengan Croatia di peringkat separuh akhir pada awal pagi 14 Disember. Dengan Dominik Livakovic menjadi orang harapan Vatreni bagi memastikan kubu mereka tidak dibolosi, Albiceleste memerlukan sentuhan magis Messi untuk layak ke final dan seterusnya memberi hadiah terbaik yang dinantikan beliau selama ini: Piala Dunia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram