Messi Pecahkan Rekod Lagi
MakanBola
Selección Argentina

Sejak penubuhannya pada tahun 1930, Piala Dunia FIFA™ telah menghimpunkan pemain-pemain terbaik dunia dalam satu festival bola sepak yang menghiburkan. Edisi 2026 di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada menyaksikan pelbagai rekod sudah dipecahkan, salah satunya dari Lionel Messi, pemenang Anugerah Ballon d’Or sebanyak 8 kali.

Sebelum Piala Dunia FIFA 2026™, Miroslav Klose mengetuai carta penjaring gol keseluruhan, tetapi Lionel Messi kini telah mengatasi beliau untuk berada di tempat pertama selepas mencatat hatrik yang juga hatrik pertamanya dalam Piala Dunia iaitu ketika perlawanan pembukaan Argentina menentang Algeria, sebelum menjaringkan dua gol lagi ketika menentang Austria awal pagi tadi.

Lionel Messi sekarang sudah menjaringkan gol sebanyak 18 gol dalam 28 perlawanan di pentas Piala Dunia setakat ini. Beliau sudah mencetak gol pada setiap edisi Piala Dunia kecuali pada edisi 2010 di Afrika Selatan. “La Pulga” sudah menjaringkan 1 gol pada edisi 2006, 4 gol pada edisi 2014 , 1 gol pada edisi 2018, 7 gol pada edisi 2022 yang juga paling banyak setakat ini, dan 5 gol setakat ini pada edisi 2026.

Kylian Mbappé mampu mengikuti rekod Messi dan juga mengatasi rekod bekas pemain antarabangsa Jerman itu, Miroslav Klose yang terus mempamerkan prestasi luar biasa di pentas dunia selepas menjaringkan dua gol dalam dua perlawanan berturut-turut ketika menentang Senegal dan Iraq, menjadikan jumlah golnya 16 gol hanya dalam 16 penampilan.

Adakah Messi mampu meneruskan lagi rekod cemerlang ini lantas mempertahankan trofi Piala Dunia di bumi Argentina? Tunggu dan saksikan.