Malaysian Fooball League (MFL) menghormati dan menunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
MFL dalam satu kenyataan menyebut bahawa Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL) telah menggunakan budi bicara untuk mempertimbangkan semula keputusan yang dibuat pada 24 Jun 2024 ke atas Selangor FC.
Perkara ini susulan ketidakhadiran kelab tersebut bagi aksi Piala Sumbangsih 2024, aksi pertama Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada 10 Mei 2024.
“Pertimbangan semula ini dibuat sebagai menjunjung kasih dan menghormati titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Antara perubahan dalam keputusan Ahli Lembaga Pengarah MFL ialah denda dikurangkan daripada RM100,000 ke RM60,000.
Selain itu, MFL bersetuju untuk menarik balik Pemotongan tiga (3) mata dalam pertandingan Liga Super 2024-2025 namun kes ini akan dibawa ke jawatankuasa tatatertib dan hukuman yang lebih tegas boleh dijatuhkan sekiranya perkara sama berulang.
Larangan kemasukan penonton ke perlawanan Liga Super (LS14) melibatkan Selangor FC menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya dibatalkan.
Oleh yang demikian, penyokong akhirnya dibenarkan untuk menghadiri perlawanan tersebut.
Walau bagaimanapun, bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah JDT dan MFL dikekalkan.
MFL kini giat mengumpul maklumat dan kos yang dikemukakan oleh JDT dan Sekretariat MFL sebelum diserahkan kepada Selangor FC untuk semakan dan perbincangan selanjutnya.