Ads
MFL Batalkan Dua Denda Selangor
Liga Super
MFL

Malaysian Football League (MFL) telah membatalkan dua denda terhadap pasukan Selangor FC.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan oleh MFL, pengelola liga tersebut melakukan pertimbangan semula sebagai menjunjung kasih dan menghormati titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Advertisements

“Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL) hari ini telah menggunakan budi bicara untuk mempertimbangkan semula keputusan yang dibuat pada 24 Jun 2024 ke atas Selangor FC.

Advertisements
Advertisements

“Hal ini susulan ketidakhadiran kelab itu ke Perlawanan Sumbangsih yang juga aksi pertama Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada 10 Mei 2024.

Antara perubahan dalam denda yang dikenakan oleh MFL itu termasuklah denda dikurangkan daripada RM100,000 ke RM60,000.

Advertisements

Bukan itu sahaja, pemotongan tiga (3) mata dalam pertandingan Liga Super 2024-2025 telah pun dibatalkan namun sekiranya Selangor FC mengulangi kesalahan yang sama, kes ini akan dibawa ke jawatankuasa tatatertib dan hukuman yang lebih tegas dan keras boleh dikenakan.

MFL juga menarik balik larangan kemasukan penonton ke perlawanan Liga Super (LS14) melibatkan Selangor FC menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya dibatalkan. 

Oleh yang demikian, penyokong dibenarkan untuk menghadiri perlawanan tersebut.

Advertisements

“Tempoh untuk membuat rayuan adalah selama tiga (3) hari daripada tarikh surat ini (27 Jun 2024) seperti yang termaktub dalam Aturan 4, Kaedah 3, Kaedah-kaedah Badan Penguatkuasa Peraturan, Manual Liga Malaysia,” ujar MFL dalam satu kenyataan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram